"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah dari buruk sangka kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mencari kesalahan dan keaiban orang lain dan janganlah kamu mengumpat yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka makan daging saudaramu yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Hujurat ayat 12).Ayat yang diturunkan Allah, amat ringkas tapi padat dengan pengajaran untuk umat manusia. Ayat ini turun terus menyeru orang-orang beriman kerana ianya amat banyak berlaku dalam umat Islam. Sebagai seorang Muslim Mukmin, kita kenalah berusaha menjauhkan perbuatan-perbuatan buruk ini dalam kehidupan kita, InsyAllah.
Semoga ia menjadi peringatan kepada kita bersama, AMIN...
No comments:
Post a Comment