Thursday, February 17, 2011

Hikmah Berselawat Ke Atas Rasulullah s.a.w


DARIPADA Ubai bin Ka’ab, katanya: "Ya Rasulullah saw! Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak peruntukkan masa berselawat bagi tuan. Maka, sebanyak mana yang elok aku peruntukkan?"

Baginda menjawab: "Sekadar mana yang engkau suka." Aku berkata: "Aku hendak peruntukkan sesuku daripada masaku." Baginda bersabda: "Sekadar mana yang engkau suka dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu."

Aku berkata: "Kalau begitu aku peruntukkan setengah daripada masaku."
Rasulullah bersabda: "Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu."

Aku berkata: "Kalau demikian, aku peruntukkan dua pertiga daripada masaku." Baginda bersabda: "Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu."

Aku berkata: "(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan." Baginda bersabda: "Jika demikian, terpelihara dan terselamatlah engkau daripada apa yang mendukacita dan membimbingkanmu sama ada perkara dunia mahupun akhirat dan diampunkan
dosamu…"

Rasulullah bersabda bahawa Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail berkata kepadaku.

Berkata Jibril: "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail: "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil: "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail pula berkata: "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah? Malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang yang berselawat ke atas Rasulullah.

Begitu besarnya pahala orang yang berdoa dan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw. Ganjaran yang diberikan bukan saja di dunia, malah di akhirat.

Lagipun, bukan sukar atau mengambil masa yang panjang untuk berselawat ke atas Nabi. Lafaznya cukup mudah. Itulah tanda kasihnya Allah dan Nabi Muhammad saw kepada umatnya supaya mampu mengerjakan amal mulia dan memperoleh ganjaran daripadanya.

Pada Jumaat yang mulia ini, umat Islam turut dituntut membanyakkan membaca selawat ke atas Nabi. Ganjaran bagi mereka yang memperbanyakkan selawat pada Jumaat adalah kasih sayang daripada Baginda.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkanlah amalan berselawat ke atasku kerana selawat kamu itu disampaikan kepada ku."

Semoga kita termasuk kedalam golongan umat yang selalu berselawat kepada Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam, insya’ Allah.


Semoga Kita sama mengamalkannya, InsyAllah.


Petikan Diambil daripada:

http://hanim-talib.blog.friendster.com/2005/09/hikmah-berselawat-ke-atas-rasulullah-saw/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...