Thursday, March 10, 2011

Doa Ringkas Selepas Sembahyang....



Maksudnya:


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Sumber Diambil Dari: http://doaharian.blogspot.com/2007/03/doa-ringkas-selepas-solat.html

Semoga Kita semua sentiasa berdoa kepada Allah dalam apa jua keadaan kita, InsyAllah.... Selamat beramal!!!

Tuesday, March 1, 2011

Perkongsian Bersama....

Berikut riwayat dan doa dari Rasulullah s.a.w dan sangat mujarab untuk menyelesaikan hutang;

Rasullullah s.a.w masuk ke masjid, maka terlihatlah seorang lelaki dari Anshar yg bernama Abu Umamah ra, maka bersabda Rasulullah saw : Wahai Abu Umamah, mengapa kulihat kamu duduk di masjid di selain waktu shalat..?”, ia menjawab : “gundah.. aku dijerat hutang wahai Rasulullah..”, maka bersabda Rasulullah saw : ”maukah kau kuajari kalimat yg jika kau ucapkan maka Allah akan menghilangkan gundahmu dan terselesaikan hutangmu?”, maka Abu Umamah ra : “ajari aku wahai Rasulullah..”, maka Rasul saw bersabda : “Jika di pagi harimu dan petang harimu ucapkanlah :


اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن وأعوذ بك من العجز والكسل وأعوذ بك من الجبن والبخل وأعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجال


“Wahai Allah sungguh aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan dan kesedihan, aku berlindung kepada-MU dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan sifat kikir, dan aku berlindung kepada-Mu dari terjebak oleh hutang-hutang dan dizalimi oleh penguasa”

Maka berkata Abu Umamah ra : ku lakukan itu maka Allah menghilangkan gundahku dan terselesaikan hutangku” (Hadits hasan). (Al Adzkar Imam Nawawi)

Doa ini diamalkan setiap pagi dan petang setidaknya 1x, boleh 3x atau lebih, InsyAllah dalam waktu dekat hutang2 kita terselesaikan .

Diambil dari: http://abizakii.wordpress.com/2010/09/04/doa-untuk-menyelesaikan-hutang/

Tazkirah Masa!

Buat Renungan Bersama-sama.....


Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Rebutlah lima keadaan sebelum datang lima keadaan yang lain, iaitu keadaan muda sebelum kedatangan waktu tuamu, keadaan sihatmu sebelum kedatangan waktu sakitmu, keadaan kaya (berada) sebelum ketibaan keadaan fakirmu, keadaan lapangmu sebelum kedatangan waktu sibukmu dan masa hidupmu sebelum tibanya kematianmu.”
[Diriwayatkan oleh al-Imam al-Hakim daripada Ibnu Abbas radiallahuanhu]

Bila baca hadis Nabi ini, membuat aku terfikir sejenak.... Bila-bila masa semua perkara ini boleh berlaku dalam kehidupan kita. Dan adakalanya kita tak sempat sampai kepada semua perkara itu. Jadi baca dan ambil lah iktibar dari apa yang baik untuk diri kita bersama.

InsyAllah semoga bertemu lagi. Maassalamah.....

Thursday, February 17, 2011

Hikmah Berselawat Ke Atas Rasulullah s.a.w


DARIPADA Ubai bin Ka’ab, katanya: "Ya Rasulullah saw! Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak peruntukkan masa berselawat bagi tuan. Maka, sebanyak mana yang elok aku peruntukkan?"

Baginda menjawab: "Sekadar mana yang engkau suka." Aku berkata: "Aku hendak peruntukkan sesuku daripada masaku." Baginda bersabda: "Sekadar mana yang engkau suka dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu."

Aku berkata: "Kalau begitu aku peruntukkan setengah daripada masaku."
Rasulullah bersabda: "Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu."

Aku berkata: "Kalau demikian, aku peruntukkan dua pertiga daripada masaku." Baginda bersabda: "Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu."

Aku berkata: "(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan." Baginda bersabda: "Jika demikian, terpelihara dan terselamatlah engkau daripada apa yang mendukacita dan membimbingkanmu sama ada perkara dunia mahupun akhirat dan diampunkan
dosamu…"

Rasulullah bersabda bahawa Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail berkata kepadaku.

Berkata Jibril: "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail: "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil: "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail pula berkata: "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah? Malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang yang berselawat ke atas Rasulullah.

Begitu besarnya pahala orang yang berdoa dan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw. Ganjaran yang diberikan bukan saja di dunia, malah di akhirat.

Lagipun, bukan sukar atau mengambil masa yang panjang untuk berselawat ke atas Nabi. Lafaznya cukup mudah. Itulah tanda kasihnya Allah dan Nabi Muhammad saw kepada umatnya supaya mampu mengerjakan amal mulia dan memperoleh ganjaran daripadanya.

Pada Jumaat yang mulia ini, umat Islam turut dituntut membanyakkan membaca selawat ke atas Nabi. Ganjaran bagi mereka yang memperbanyakkan selawat pada Jumaat adalah kasih sayang daripada Baginda.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkanlah amalan berselawat ke atasku kerana selawat kamu itu disampaikan kepada ku."

Semoga kita termasuk kedalam golongan umat yang selalu berselawat kepada Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam, insya’ Allah.


Semoga Kita sama mengamalkannya, InsyAllah.


Petikan Diambil daripada:

http://hanim-talib.blog.friendster.com/2005/09/hikmah-berselawat-ke-atas-rasulullah-saw/

Thursday, January 27, 2011

Ikhlaskah kita Mendidik Anak


Mungkin jarang orang bertanya kepada para ibubapa sebagaimana pertanyaan di atas kerana kita mungkin kerana sudah terpatri bahawa ibubapa sememangnya ikhlas dalam membesarkan anak-anak. Kita sendiri mungkin tidak pernah bertanyakan hal ini sendiri kerana kita sudah mengandaikan keikhlasan terhadap anak-anak kita. Saya dahulunya agak tergamam apabila ditanya soalan yang sama oleh abang angkat saya ketika kami sedang berbual perihal keikhlasan. Jika kita bualkan perihal keikhlasan mungkin kita akan tidak menemui orang yang benar-benar ikhlas dalam ertikata sebenar hatta seorang ibu juga masih mahukan pembalasan atas budinya dalam membesarkan anaknya. Ini bukan suatu perkara yang baru kerana ianya sememangnya berlaku dalam semua masyarakat samada kita sedar atau tidak. Kita juga sering berharap dengan memberi pendidikan yang baik kepada anak-anak maka apabila mereka dewasa nanti mereka bukan sahaja dapat memperbaiki diri mereka dari sudut ekonomi tetapi dapat juga membantu diri kita yang sudah tidak berdaya. Mungkin ada yang berkata bahawa itu adalah tanggungjawab seorang anak. Benar, tiada penafian tetapi kita kini berbicara bukan dari sudut si anak, kita kini melihat dari sudut ibubapa. Bagi si anak, memelihara ibubapa adalah satu tanggungjawab yang semestinya berlaku namun marilah kita bermula untuk melakukan introspeksi terhadapa diri kita sebagai ibubapa.

Bukan pertama kali bahkan banyak kali saya menemui hal-hal di mana si ibu atau si bapa tidak membenarkan si anak berkahwin selagi mereka belum cukup merasai wang titik peluh membesarkan anak mereka. Saya pernah bertanya kepada seorang rakan tentang hal yang sama namun jawabnya mudah “biarlah aku puas rasa duit dia dulu, aku besarkan dia dulu susah. Biarlah aku senang sikit, baru dia tanggung anak orang.” Bukan sekali bahkan banyak kali juga saya mendengar keluhan si anak yang mengatakan sikap ibubapa mereka yang sanggup berbomoh hanya semata-mata mahu anaknya mendengar kata-kata mereka terutamanya dalam hal kewangan. Kita juga mungkin pernah menyatakan “belajarlah rajin-rajin nanti dah besar senang, kau senang, mak dan ayah pun senang.” Tanpa kita sedari, kita sudah cuba menjangka sesuatu pulangan dari anak yang kita besarkan maka persoalannya ikhlaskah kita.

Saya melihat hal keibubapaan dari satu sudut yang berlainan kerana sistem keibubapaan amat penting dalam membentuk generasi hebat yang bakal membentuk negara kita. Kita mungkin tidak sedar atau mungkin tidak pernah tahu bahawa kita hanyalah pemegang amanah walaupun kita sering berkata bahawa anak itu adalah amanah Allah swt. Jika kita mampu memperhalusi maksud kata-kata ini maka jelas bahawa kita hanya pemegang amanah yang diamanah satu ‘barangan’ untuk dijaga dengan baik. ‘Barangan’ itu adalah anak-anak kita. Jika kita tahu yang kita hanya pemegang amanah mengapa harus kita meminta balasan dari barang yang diamanahkan kepada kita kerana dia sendiri tidak mampu untuk memberinya. Tekanan untuk mendapatkan balasan biarpun hanya bermain di dalam minda nescaya akan membawa kerosakan. Akhirnya banyak berlaku keburukan. Lain halnya jika kita melihat bahawa anak itu satu amanah Allah swt untuk kita. Jika kita menganggap bahawa kehadiran anak itu sebagai ujian untuk melihat tahap keimanan kita dalam menjaga amanah maka saya percaya kita akan melihat tanggungjawab membesarkan anak dari satu sudut yang cukup berbeza dan kita seharusnya berasa bangga kerana kita dipercayai untuk menjaga amanah Allah swt. Jika kita hanyalah pemegang amanah, maka seharusnya kita tahu dari mana kita boleh mendapatkan balasan. Pastinya dari Allah swt yang memberi amanah kepada kita. Hal yang sama kita harapkan apabila kita mengamanahkan sesuatu barang untuk dijaga oleh seorang rakan. Apabila dia menjaganya dengan baik, kita akan berterima kasih dan seandainya kita mempunyai kelebihan wang ringgit saya yakin kita akan memberi sekadar yang termampu atau seandainya kita pulang dari rantau, kita akan memberi buah tangan yang terbaik atas jasanya.

Justeru itu, marilah kita menukar persepsi mendidik anak yang mungkin selama ini kita khilafkan. Marilah kita mendidik anak-anak kita kerana ianya amanah Allah swt dan apabila kita mencintai Allah swt sepenuh hati maka kita akan menjaga ‘barang’ titipanNya dengan sempurna. Kita tidak perlu memikirkan apa yang bakal kita perolehi dari si anak apabila mereka dewasa nanti biar ramai yang berkata anak itu satu pelaburan. Pastilah ianya pelaburan baik jika kita faham bahawa kita adalah pemegang amanah tetapi jika kita beranggapan bahawa kita adalah empunya anak tersebut dan mahukan pulang darinya maka itu adalah satu kesilapan yang mengundang padah. Kita mungkin berdepan dengan banyak karenah si anak dan kita juga mungkin kecewa melihat dia membesar dengan tidak mengikut acuan kita. Bagi ibubapa yang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mendapatkan balasan baik dari si anak hingga sanggup menyihir atau sebagainya, percayalah bahawa jika amanah orang kita rosakkan pasti orang akan marah apatah lagi amanah Allah swt namun kita beruntung kerana jika berurusan sesama manusia kita mungkin didendami kerana kerosakan itu tetapi apabila berurusan dengan Allah swt, Allah swt maha pengampun lagi maha mengasihani… kembalilah kepadaNya. Kembalilah kepadanya biar setebal mana lumpur yang ada kerana Allah swt amat menyukai orang yang bersalah kemudian dia bertaubat. Kita tidak perlu menunggu hingga lumpur itu bersih kerana kita ini manusia masakan boleh bersih dari lumpur. Marilah kita mencuba membetulkan posisi kita dari menganggap bahawa kita adalah empunya anak-anak kita kepada kita adalah orang yang dipercayai Allah swt untuk menjaga amanahNya dan cuba kita sematkan hal ini selama dua minggu mendatang dan insya Allah kita akan lihat perubahan kepada diri kita dan anak-anak kita. Kita akan mendengar suara-suara indah dari anak –anak kita dan akhirnya kebahagiaan sebuah ikatan keluarga akan mula dikecapi. Apabila sesuatu hal yang baik itu dilakukan kerana Allah swt maka ianya adalah satu ibadah dan Allah swt jua sebaik-baik pemberi balasan atas segala perbuatan kita. Didiklah anak untuk mengaharapkan rahmat Allah swt dan bukan balasan duniawi dari si anak.


Sumber Diambil Dari Laman Web:

http://aku-ok.com/blog/2010/07/ikhlaskah-kita-mendidik-anak/

Jangan Bersangka Buruk, Cari Salah Orang, Mengaibkan Orang & Mengumpat Orang!


"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah dari buruk sangka kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mencari kesalahan dan keaiban orang lain dan janganlah kamu mengumpat yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka makan daging saudaramu yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Hujurat ayat 12).

Ayat yang diturunkan Allah, amat ringkas tapi padat dengan pengajaran untuk umat manusia. Ayat ini turun terus menyeru orang-orang beriman kerana ianya amat banyak berlaku dalam umat Islam. Sebagai seorang Muslim Mukmin, kita kenalah berusaha menjauhkan perbuatan-perbuatan buruk ini dalam kehidupan kita, InsyAllah.

Semoga ia menjadi peringatan kepada kita bersama, AMIN...

Jalan Mudah ke Syurga


Tajuk macam gembaq je kan? Macam aku ni ustazah ataupun pendakwah. Aku cuma menimba ilmu. Bila dikaitkan dengan ILMU, seseorang hamba itu wajib mempelajari Ilmu, Mengamalkan Ilmu tersebut dan Menyampaikan Ilmu tersebut.

Pagi tadi, alhamdulillah aku telah menghadirkan diri untuk satu majlis ilmu. Majlis ilmu yang lebih dikenali sebagai Kuliah Dhuha di sini. :) . Kalau ada yang tersilap, silalah betulkan.. Insha-Allah

5 Jalan Mudah ke Syurga

1. Banyakkan membaca Al-Quran

  • 1 huruf di beri 10 kebajikan
  • Ia memberi shafa’at (pertolongan) ketika mana kita di alam kubur, di Padang Masyar malah ketika hendak dicampakkan di dalam Neraka.
  • ” Janganlah kamu meninggalkan Al-Quran kurang dari 50 ayat sehari”.
  • “Jangan tinggalkan Al-Quran selama lebih 3 hari”. Nescaya hati kamu akan gelap dan lalai kepada Allah S.W.T.
2. Banyakkan berselawat ke atas Rasullah S.A.W
  • Didoakan oleh Rasullah supaya dipermudahkan urusan di Padang Masyar, meniti titian Siratal Mustakim.
  • Dilebarkan jalan Titian Sirat sehingga 500 tahun.

3. Menghadiri majlis2 ilmu

  • Dijanjikan Allah ganjaran keampunan dan kerahmatan.

4. Memohon ampun kepada Allah S.W.T

  • Banyakkan berdoa dan beristiqfar
  • Doa bahasa melayu pun boleh.
  • Doa hendak tidur, Bangun tidur, Masuk Tandas, Keluar Tandas, Makan, Sudah Makan dll.

5. Memperjuangkan Agama Allah

  • Diharamkan api2 neraka menjilat badan2 pejuang2 ke jalan Allah.
  • Haram menyambut perayaan/sambutan untuk agama lain selain Islam.
  • “Kamu dengan agama kamu, kami dengan agama kami”.
  • “Kami tidak menyembah apa yang kamu sembah”.

Sumber daripada Laman Web:
http://www.asida.net/category/tazkirah/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...